Search This Blog

Followers

Sunday, 8 February 2015

AMELINA DAN DANGDUT DI MALAYSIA

Akhbar Mingguan Malaysia hari ini menyediakan satu column khas komen Siti Jarum tentang Amelina. Siti Jarum memanglah terkenal sebagai pengulas dan pemberi komen berkenaan artis di Utusan Malaysia (Akhbar Mingguan). Komen beliau ada yang negatif dan ada juga yang positif. Saya juga menjadi salah seorangpeminat beliau dalam komen dan ulasannya dalam perkembangan semasa dunia hiburan.

Komen beliau hari ini adalah berkenaan Ratu Dangdut Amelina yang ingin kembali menyanyi. Saya tidak menyalahkan komen beliau kerana beliau seorang penulis profesional dan bijak membuat penilaian tentang isu-isu semasa. Siti Jarum telah menasihatkan Amelina supaya tak usahlah menyanyi. 15 tahun yang telah ditinggalkan sudah cukup buat Amelina mempertaruhkan suara mengerangnya dengan lagu dangdutnya. Tidak perlu lagu menambah virus dalam dunia hiburan sekarang.

Selaku peminat muzik dangdut saya cuma ingin memperbetulkan sahaja tanggapan kurang tepat Siti Jarum berhubung lagu dan muzik dangdut. Walau pun beliau tidak menyamakan Amelina dengan Rhoma Irama yang mempunyai mesej dakwah dalam muziknya.

Saya juga bukan mahu membela Amelina tetapi tidak mau Dangdut dikaitkan dengan isu Porno, kerosakan moral dan akhlak. Dangdut sebenarnya kini telah banyak berubah. Memang kalau di awal kemunculan muzik dangdut memang ada lirik-lirik dan unsur sensual dalam naynyian lagu Dangdut. Namun kini ia telah jauh berubah. Artis-artis kini bukan lagi semata-mata mengandalkan goyangan sensual atau lirik-lirik murahan.

Amelina juga sebetulnya perlu lari dari imej berkenaan dan ada ramai contoh artis dangdut yang benar-benar menampilkan vocal dan teknik nyanyian terbaik dalam lagu-lagu mereka, Lihat sahaja penampilan artis seperti Yunita Ababiel, Ikke Nurjanah, Iyeth Bustami, Cici Faramida, Evie Tamala dan ramai lagi yang berjaya tanpa imej-imej sensual. Di tambah lagi kini dengan penyanyi-penyanyi baru seperi Novi Ayla, Sharifa, Siti KDI dan alin-lain artis dangdut yang kini bertudung @ hijab

Dari segi suara dan vocal pula kini Dangdut semakin jauh menerobos tradisinya. Kalau dulu memang ada ciri-ciri khas suara dan pola vocal untuk jadi penyanyi dangdut. Suara penyanyi dangdut sejati adalah seperti DIVA2 dangdut  Hajah Elvy Sukaesih, Yusnia, Titiek Nur, Herlian Effendy, Itje Trisnawati dll.

Terkini pula di Indonesia suara artis dangdut boleh dilihat ada dalam bentuk Jazz, Pop atau Rock. Cuba dengarkan suara artis baru seperti Novi Ayla, Via Vallen, Florina, Melinda, Rere Reina, Hampir tiada beza dengan artis pop dan band yang lainnya yang banyak disanjungai masyarakat. 

Kesimpulan utama yang dapat dirumuskan adalah untuk jadi penyanyi yang baik perlu bijak mencari imej dan pembawaan yang mampu diterima masyarakat. Seharusnya juga jangan terus melulu membuat penilaian sesuatu yang tidak pasti atau tidak diperhebohkan. Sesetengah penulis yang menulis berkenaan muzik dangdut tidak tahu apa isi dan isu muzikk berkenaan. Mereka masih berpegang kepada fahaman puluhan tahun yang lalu. Termasuk juga para penyanyinya. Kalau dangdut harus goyang, merengek, atau mendesah setengah mati. kepada peminat terpulanglah untuk menilai. Kalau menuduh Dangdut itu virus atau perosak, itu satu tuduhan yang sangat tidak wajar.


No comments:

Post a Comment