Search This Blog

Followers

Saturday, 10 January 2015

DANGDUT MALAYSIA

Walaupun muzik dangdut tidak tergolong sebagai muzik popular di Malaysia (Walaupun ia digemari) kerana muzik dangdut berasal dari Indonesia. Hingga hari ini, walaupun ia telah menjalani fasa-fasa tertinggi dan berevolusi dalam pencapaiannya yang bermula pada tahun 1995, ia tetap di pandang sebelah mata. Ini adalah nilai umum yang dilabelkan terhadap muzik dangdut. Ini ditambah pula dengan ramainya artis-artis sekarang yang  menyuguhkan goyangan yang nyata banyak bertentangan dengan nilai ketimuran itu sendiri. Budaya ini memang tidak digemari di Malaysia.

Sehingga hari ini juga, sangat kurang bahkan terlalu jarang media yang melaporkan nilai positif dalam muzik dangdut. Tidak ada yang melaporkan kehebatan muzik berkenaan yang telah mengecapi populariti  hingga ke luar negara seperti Jepun dan Amerika. Lagu-lagu dangdut memang banyak yang popular di Malaysia tetapi ramai juga yang tidak mengetahui siapa artis yang menyanyikannya. Sebut saja lagu Kopi Dangdut, Aku Semut Merah, Selamat Malam, Pria Idaman, Dinding Pemisah, Gantengnya Pacarku, Angka Satu, Madu Merah, Aduh Buyung, Lima Menit Lagi, Pusing lagi Dan banyak lagi. Lagu-Lagu berkenaan memang popular dan diminati. Populariti lagu berkenaan tidak diiringi dengan  nama penyanyinya. Sebab itu nama Almarhum Meggy Z, Evie Tamala, Itje Trisnawati, Ine Sinthya tidak berapa dikenali, walaupun mereke adalah sebahagian dari ikon dangdut.

Ini berbeza dengan lagu-lagu kategori lain seperti Pop dan Jazz. Sejak sekian lama juga masyarakat Malaysia meminati lagu pop dari seberang bermula daripada zaman Dilloyd, Mercys, hingga kini zaman Rossa, Krisdayanti, Melly Goeslow, Harvey Malaiholo, Vina Panduwinata dan Band-Band baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Semuanya ada di Malaysia.

Mungkin disebabkan budaya dangdut bukan sebahagian budaya Malaysia. Makanya dangdut kurang popular dan tidak dipromosikan seperti muzik Genre lain. Ini sangat berbeza di negara asalnya dimana Dangdut menjadi Raja dalam muzik. Walaupun dikatakan popularitinya yang merosot kerana kepesatan munculnya artis-artis alaf baru zaman Dangdut Koplo yang menyuguhkan goyang-goyang erotik dan imej Vulgar yang nyatanya juga kurang disenangi di Indonesia. Kisah ini juga memang banyak dipaparkan di media-media. Akhirnya dangdut terus jadi identiti muzik kampungan, muzik golongan Marhaen, muzik untuk golongan tua atau sekadar muzik untuk kelab-kelab murahan.

Kini artis-artis baru muncul dengan begitu marak di Indonesia khasnya artis wanita dengan menghadirkan single-single yang ternyata menjadi hits dan trendy dalam  muzik  Indonesia. Genre House Music @ House Dangdut dan juga dangdut Asli menjadi aliran terkini dan sebahagiannay juga adal di jual hingga ke Malaysia. Selaku peminat dangdut saya juga mempunyai idola dalam penyanyi angkatan baru seperti Nabiala Gomes, Novi Ayla, Saipul Jamil, Aan KDI, Aidil KDI, Melinda, Mitha Arzety, Erie Suzan (Artis Senior), Ikke Nurjanah (Artis Senuor), Imeymey, Cita Citata, Linda Moy Moy, Fitri Carlina, Fairuz A Rafiq dan puluhan lagi yang namanya yang banyak untuk disenaraikan. Perubahan ketara sekarang adalah, golongan muda tidak lagi malu-malu untuk jadi penyanyi dangdut di sana.

Di Malaysia sejak tahun 80an memang ada nama penyanyi yang cuba memikat pendengar namun kurang berjaya. Dulu ada artis bernama Azeemad yang muncul dengan album rock dangdut pada tahun 1992, namun kurang berjaya. Begitu juga anak didik penyanyi Herman Tino yang menamakan kumpulan mereka Santino Group yang muncul dengan album Boss Boss Boss. Kemunculan mereka juga tidak berapa menjadi. Yang terus popular cuma nama Zaleha Hamid (Ratu dangdut), Dato. Malek Ridzuan, Herman Tino sahaja yang benar-benar menghasilkan album Dangdut ala Malaysia.

Dangdut yang diminati sekarang adalah hasil terokaan penyanyi Ramlah Ram dengan album Selamat Jalan Romeo (1995) dan Amelina dengan album Rindu (1995). Ini adalah titik permulaan dangdut berjaya memanjat tangga muzik popular di Malaysia. Ketika ini jualan album berkenaana adalah melebihi anggka 150 ribu unit, Suatu angka luar biasa untuk album dangdut. Masing masing edaran BMG Music dan warner Music. Nama Iwan juga mula jadi sebutan kerana beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu-lagu Dangdut Di Malaysia. Iwan yang selama ini dikenali dengan lagu pop dan rock.

Sejak itu muncullah ramai penyanyi Malaysia yang hadir dengan album dangdut. Mereka ada Mas Idayu (Cinta 100%), Ani Mayuni (Sedap) , Haiza (Dag Dig Dug), Shikin (Yang Yang), Azura Aziz (Demam Cinta), Lina Hangat (Eh..Dangdut), Kumpulan Eva (Bulan Cinta), Kumpulan Mascara (Detak Detik Cinta), Ashraff (Bukan sembarang Cinta), Kusairy (Siti Suraya), Kumpulan Dewi, Iwan (Yang Sedang2 Saja), Gelek 100% (EMI Record), 5 Ratu Dalam Pesta Dangdut (Rock Record), Sheeda (Angkat Kaki), Putri Dangdut 1 & 2, Tushe (Amboi Malu), Asha Malik (Kau Kasih Ku Sayang), Ayati Tasrip (Cinta Dangdut), Rohana Jalil, Jaafar On (Dangdut Sambal Belacan), Salwa Abdul Rahman (Satu Dua Kau - versi baru), Linda (Rock Dangdut). Sehingga tahun 2000 album dangdut menjadi album-album yang laris jualannya di Malaysia.

Nama mereka menjadi sebutan pada tahun 1996 kerana tahun itu adalah kemuncak popular lagu dangdut alaf baru di Malaysia. Juara Lagu yang dipertandingkan oleh TV3 ketika itu dimonopoli oleh lagu dangdut untuk kategori Irama Malaysia. Walau pun terdapat percanggahan untuk mengelaskan Dangdut di kategori yang sesuai. Nasib malang untuk penyanyi dan lagu dangdut, walaupun tahun berkenaan tahun cemerlang buat mereka tetapi lagu-lagu mereka tidak terpilih untuk memenangi kategori lagu Irama Malaysia....Tiada jawapan untuk masalah ini.

(bersambung...)



No comments:

Post a Comment