Search This Blog

Followers

Sunday, 7 December 2014

DANGDUT MALAYSIA

     Sebelum muzik dangdut popular di Malaysai, telah ada muzik dan penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu bermelodi dangdut. Waktu itu Dangdut masih di sebut irama ala Hindustan. Antara penyanyi-penyanyi awal yang mempopularkan irama tersebut adalah Zaleha Hamid bersama The Sangam Boys,  Dato M Daud Kilau, Zainab Majid, Allahyarham M Shariff, A Ramli dam juga Achmad Jais. Irama ini sangat popular pada tahun-tahun 70an hingga 80an. Nama yang masih kekal popular hingga kini cuma Zaleha Hamid (Kesihatan kurang memuaskan) dan juga Dato M Daud Kilau.

     Pada tahun berkenaan juga telah ramai artis Indonesia yang menghadirkan lagu-lagu mereka ke Malaysia. Mereka termasuklah Raja Dangdut Rhoma Irama, A Rafiq, Mus Mulyadi, Ratu Dangdut Elvy Sukaesih dan Elya Khadam @ Elya M Haris, Eddy Silitonga, Latief M, Mansyur S dan Emillia Contessa dan juga Achmad Albar. Rhoma Irama juga sangat dikenali dengan filem-filem lakonannya bersama Elvy Sukaesih. Ketika itu memang banyak filem-filem dangdut yang ditayangkan di panggung (Pawagam) seperti Satria Bergitar, Kelana, Mandi Madu, Aduh Aduh Mana Tahan dan Banyak Lagi.

    Album dangdut ketika itu banyak yang dipasarkan oleh Life Record Ltd (Singapore), CBS, Polydor Dll. Rakyat Malaysia juga semakin akrab mendengar muzik ini yang juga akhirnya ramai artis Malaysia yang mampu menyanyi dangdut dengan baik. Irama Hindustan ini akhirnya di sebut dangdut juga. Lagu dangdut memang banyak yang popular dan di Malaysia seperti Begadang dan Penasaran,(Rhoma Irama), Penasaran dan Kudaku Lari (Emillia Contessa), Karena Pengalan, Pria Idaman (Elvy Sukaesih), Karena Lirikan (A Rafiq) dll

    Sehingga bermula pada tahun 1982 beioberapa orang artis Malaysia berkesempatan merakamkan lagu di Studio Golden Hand Surabaya bersama OM Antara Group (pimp. Indra Angkajaya). Mereka terdiri daripada Allahyarham M Sharif dan Nas Atea yang sempat merakamkan dua album berjudul Rindu Untuk Bertemu dan Sekadar Ucapan. Zalifah Ibrahim pula berkesempatan berduet dengan Mus Mulyadi dengan satu album. Artis lain termasuklah Achmad Jais dan Achmadi Hassan yang juga pernah berduet dengan Ratu Dangdut Ida Laila. Semua album ini diedarkan oleh Warnada Record.

Mereka adalah merupakan penyanyi dangdut Malaysia pada fasa-fasa terawal perkembangan lagu dangdut di Malaysia. Pada peringkat tempatan (album yang dirakamkan di Malaysia) beberapa orang artis lain ynag tidak kurang popular adalah Penyanyi Herman Tino dan Dato Malek Ridzuan. Herman Tino terkenal dengan lagu-lagu dangdut Melayu yang merdu seperti Mengapa Di Kenang Mengapa Di Fikir, Tengkar-Tengkaran, Ku pendam Biar Parah, Kamar sepi Dll. Begitu juga Dato Malek Ridzuan. Beliau muncul sebagai penyanyi dangdut Melayu lebih awal dari Herman Tino. Beliau adalah Eddy Silitonga Malaysia. Walau pun bukan gelaran resmi, namun sesuai untuk Dato Malek Ridzuan kerana beliaua banyak menyanyikan lagu-lagu penyanyi berkenaan yang juga sangat popular di Malaysia seperti Cukup Sampai Disini, Kelip-Kelip Kusangka Api, Gadis Langkawi Dll.

Dikalangan bukan Melayu pula seorang penyanyi keturunan Jepun Atau Tionghua (maaf kalau tersalah fakta) yang sangat terkenal dengan lagu dangdutnya iaitu Sakura Teng. Beliau sangat dikenali dengan lagu Tung Keripitm Aduh2 Mana Tahan, Penasaran Dll yang mana albumnaya diedarkan oleh EMI Record yang juga pengedar album Ratu Dangdut Zaleha Hamid yang juga dikenali sebagai Elvy Sukaesih Malaysia/Singapura,

Kesimpulannya adalah terdapat banyak lagu-lagu dangdut Indonesa popular  di Malaysia yang tidak dikenali siapa penyanyi asal lagu berkenaan. Ini termasuklah lagu Gadis Melayu dan Zakia (Achmad Albar).

(Bersambung)




No comments:

Post a Comment