Search This Blog

Followers

Monday, 17 November 2014

ROCK DANGDUT

Dangdut memang unik..kerana itu ia boleh dikahwinkan dengan apa saja jenis muzik. Dari yang klasik hingga yang moden. Sebut saja apa jenis muzik pasti boleh digabungkan dengan muzik dangdut. Gabungan berbeza ini bukan perkara baru dilakukan. Salah satu kombinasi yang sering dilakukan adalah Dangdut dan Rock @ Metal. Usaha ini telah mula dilakukan oleh Raja Dangdut sejak di awal-awal muzik Pop Melayu berubah menjadi dangdut. Sekaligus menafikan lagu Dangdut hanyalah lagu-lagu melankolik yang penuh kisah penderitaan, kemiskinan dan hal-hal rumah tangga. Kemunculan Soneta Group telah membentuk Dangdut kepada muzik yang lebih Dinamik dengan lirik-lirik kemanusian dan keagamaan. Muzik Dangdut terus diberi suntikan hingga ia berubah menjadi muzik masyarakat di Indonesia.

Rocker Achmad Albar juga banyak menghasilkan lagu-lagu Rock Dangdut seperti Zakia, Raja Kumbang, Gadia Melayu, Laguku dan banyak lagi yang terus jadi lagenda hingga hari ini. Lagu-lagu berkenaan juga menjadi siulan hingga ke Malaysia dan turut dinyanyikan oleh Ramli Sarip dari Group Sweet Charitynya pada awal 80an.

Selepas Rhoma Irama ramai juga artis lain menubuhkan group muzik dan album yang menjerumus kepada Muzik Rock Dangdut dan Metal. Mereka adalah Mara Karma, Nano Romanzah, Liliek MS, Kendedes Group, Marwan Kaz dan tidak ketinggalan Almarhum Leo Waldy Dll.

Di era terkini tidak kurang juga artis yang menghasilkan lagu bernada Rock Dangdut seperti Aan KDI, Reza Zalu, Ratu Ngebor, Inul Daratista, Endang Kurnia dan juga Group Rudysta. Penyanyi yang paling fenomenal adalah Alam yang muncul pada tahun 2002 dengan konsep Metal Dangdut dengan kejayaan yang luar biasa melalui album Embah Dukun (karya Endang Kurnia). Secara kesimpulannya suara dan vocal mereka tidak kalah dengan bintang rock atau Metal walaupun menyanyikan lagu dangdut.

No comments:

Post a Comment